assalamualaikum
ari ni dah 25 januari. cepat ja masa berlalu. tak berapa ari ja lagi nak masuk bulan dua dah pun.. dan sedar sedar rupanya da nak dekat dua minggu da pun. last update ari tuh > sini < aku da update pasal bestfriend aku sakit kan.. skang bestfriend aku da takda. 13 januari malam. ari jumaat dia da hembuskan nafas yg terakhir. da nak dekat dua minggu pun kan.. baru aku nak update. sebenarnya aku taktau nak update camna..
khamis malam sehari sebelum arwah meninggal, lepas balek keja aku p melawat arwah kat hospital ngan kawan kawan lain. he was admitted to hospital seberang jaya for two weeks. then, he got transfer to hospital penang. bila di hospital penang, doktor cakap memang da kritikal dan chance arwah utk sembuh hanya 20% sahaja. sakit dia memang serius. melibatkan hati. hati da rosak terok, tapi HSJ tak detect hati arwah da rosak terok ! asek bagi kesimpulan dan harapan palsu.
kadang kadang bila teringatkan pasal arwah, aku macam tak percaya yg arwah memang betoi da takda. arwah orang yg baik. sepanjang aku kenal dia, tak penah nak marah marah walaupun aku ni jenis baran, suka nak marah marah ja. aku plak suka beletiaq (berleter) kat dia. walaupun aku suka marah marah, rajin beletiaq kat hang, tu suma sebenarnya bukan benci. pergi yg memang takda ganti. :')
printscreen dari fb member skol aku.
tapi, Allah lebih sayangkan dia.. berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. sepanjang arwah sakit, hanya arwah dan Allah yg tahu apa yg dia tanggung, yg dia rasa. mungkin ini yg terbaik. ajal maut di tangan Allah. kita hanya mampu usaha dan tawakal. setiap yg hidup pasti akan mati.. cuma yg membezakan cepat atau lambat..
AL-FATIHAH utk arwah Muhammad Shakir Bin Haji Saad.. semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan di kalangan para soleh. Aminn..
7 orang suda komen:
al-fatihah.. aminnn
Alfatihah untuk beliau. sedihnyeer :'(
@EnnyAIN aminn..
@r-5 thanks. :')
lately, banyak terbaca entry pasal saudara kita meniggal.. minta mereka ditempatkan di tempat orang orang yang beriman
@belogkiter
yup. aminnn.. mereka sudah. kita ntah bila pulak. :')
salam gan ...
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !
Catat Ulasan
Baca sudah.. komen la pulak. :)