suma pun tau la kan ari ni 1 april and tarikh ni jugak orang sibuk cari akal nk pekena orang lain... sibuk dk pekena orang, tapi sendiri pun xtau apa sebenaqnya april fool ni?? suka-suka ja kan kita pun syok punya dk pekena orang. aku malas la nak taip panjang-panjang... aku copy + paste ja. hampa baca la kisah di sebalik april fool ni...
Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.
Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.
Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.
Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.Semoga Allah sentiasa
membuka pintu taubat untuk kita.
source : Kisah Di Sebalik April Fool
8 orang suda komen:
nice entry!!
mmg xpatot pun kita sambut mende alah ni..
xyah diikut budaya org lain..
de baiknya buat amal jariah kan..
jumaat2 ni..
weee!!
salam singgah dari mummy weiyda❤
keep it up blogging ya dear❤
(◕‿◕✿)
hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog
Meraikan April Fool sama seperti meraikan kejatuhan Islam..
Aku anti-April Fool..;)
jgn meng'aprilfool' sy sudah la ye.hehe :)
Apabila Kartun Wujud Di Dunia
x suke april fool....
jom singgah n follow belog saya...
http://inibelogfyna.blogspot.com/
@♥WEIYDAWEINGWAFFA♥
btoi 2... dr dk ssh2 perah otak pkir nk pkena org ja kn. :)
@ZWAN SABRI
yahhh!! say NO to april fool...
@Henry Zackery
hehehe... xda la. anti april fool la... :P
@fyna
:)
Catat Ulasan
Baca sudah.. komen la pulak. :)